வெளிச்சம்-தமிழ் மலர் நாளிதழ் / 7.11.2021
PDF Format File – இல் பார்க்க நீங்கள் விரும்பினால் இதை சொடுக்கவும் .. TM 07112021 – 16
PDF Format File – இல் பார்க்க நீங்கள் விரும்பினால் இதை சொடுக்கவும் .. TM 07112021 – 16
அனைத்துல (i-EIE) புத்தாக்கப் போட்டியில் கங்கார் தமிழ்ப்பள்ளிக்குத் ஒரு தங்கப் பதக்கம் மற்றும் இரு வெள்ளிப் பதக்கங்கள் கிடைத்துள்ளன. வாழ்த்துகள்!!!!
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar telah menyertai Pertandingan Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang (SJKT) peringkat kebangsaan pada tahun lepas. SJK Tamil Kangar berjaya mendapat tempat lima terbaik. SJK Tamil Kangar akan menerima wang tunai sebanyak RM 1000, trofi dan sijil. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah, AJK SPBT, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid yang banyak membantu memberi kerjasama dan sokongan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SJKT Kangar dan diharap kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Tahniah Diucapkan kepada Cikgu Paramesswaran Gunasegaran dari SJK(T) Kangar yang menjadi salah seorang Top 3 Impian Celik Kewangan. Beliau bakal menerima geran tunai untuk melaksanakan projek pendidikan kewangan.
Tahniah diucapkan kepada adik Kugan Muthalagan, Rashawn Dass dan Laura Ancilia yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Digital Story Telling Animation (DSTA) Sekolah Rendah peringkat Negeri Perlis.