Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar telah menyertai Pertandingan Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang (SJKT) peringkat kebangsaan pada tahun lepas. SJK Tamil Kangar berjaya mendapat tempat lima terbaik. SJK Tamil Kangar akan menerima wang tunai sebanyak RM 1000, trofi dan sijil. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah, AJK SPBT, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid yang banyak membantu memberi kerjasama dan sokongan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SJKT Kangar dan diharap kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
2 Comments