Pengenalan

Selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan  Sekolah  di  mana  semua tenaga  penggerak  sentiasa berusaha  untuk mengikut  dan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dari segi  intelek,  rohani,  emosi  dan  jasmani.  Sekolah  ini  juga  mempunyai matlamat  mendidik  dan  membentuk  sikap  murid  kea  rah  budaya  yang baik.

Untuk merealisasikan falsafah dan matlamat ini, adalah mustahil untuk  diserahkan  hanya  kepada  pihak  sekolah  semata-mata.  Oleh  itu, permuafakatan antara ibubapa dan pihak sekolah adalah penting.

Semua   warga   sekolah   ini    hendaklah   memahami   kehendak- kehendak sebagai seorang pendidik yang professional berpegang kepada „Etika Kepimpinan” bagi melaksanakan semua tugas yang diamanahkan semoga  “  Perancangan  Strategik  2012”  menjadi  panduan  dan  ala  tuju kepada semua guru sekolah ini.