Verifikasi Anugerah Pendidikan Digital Peringkat Kebangsaan 2021

Verifikasi  Anugerah  Pendidikan  Digital  Peringkat  Kebangsaan  2021 @ Digital  Utilisation  and  Technology  Award (DUTA) 2021  untuk  pemilihan saringan akhir Anugerah Khas dan Emas oleh En. Shaharizan bin Ibrahim dari BSTP KPM dan Pn. Amal Farid binti Ibrahim dari BPK KPM. Tahniah kepada SJKT Kangar yang mewakili JPN Perlis bagi Kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) yang diketuai oleh Cikgu Uthaya Kumar, Guru Besar SJKT Kangar. Semoga SJKT Kangar beroleh kejayaan nanti.

i-EIE 2021

அனைத்துல (i-EIE) புத்தாக்கப் போட்டியில் கங்கார் தமிழ்ப்பள்ளிக்குத் ஒரு தங்கப் பதக்கம் மற்றும் இரு வெள்ளிப் பதக்கங்கள் கிடைத்துள்ளன. வாழ்த்துகள்!!!!

Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang (SJKT) Peringkat Kebangsaan 2020

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar  telah menyertai Pertandingan Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang (SJKT) peringkat kebangsaan pada tahun lepas. SJK Tamil Kangar berjaya mendapat tempat lima terbaik. SJK Tamil Kangar akan menerima wang tunai sebanyak RM 1000, trofi dan sijil. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah, AJK SPBT, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid yang banyak membantu memberi kerjasama dan sokongan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SJKT Kangar dan diharap kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.